Ya Rasulullah Ya Habiballah…
Bagaimana nak ku luah kata hati ini dgn cebisan kata2..
Sesungguhnya hati ini telah jatuh cinta pada dirinya..
Sesungguhnya diri ini telah terpesona dengan peribadinya..
Tak tertahan hati ini terlalu rindu padanya..
Wahai insan teragung yang bernama Muhammad bin Abdullah..
Ya Rasulullah Ya Habiballah…
Tiada kata yang mampu diucap ketika ini..
hanya di dalam pujian ucapan selawat menjadi bukti..
betapa kecintaan ku pada mu wahai kekasih Allah..
Maka terima lah diriku sebagai ummat mu..
Syafaatkan la diriku di akhirat kelak..
Semoga kita dapat dipertemukan di taman syurga..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..
Walaupun diri mu telah lama pergi meninggalkan kami..
Namun setiap kali menelusuri lembaran sirahmu..
hati ini turut merasai pahit getir perjuangan mu..
Sesungguhnya Ya Rasulullah..
Dirimu tidak pernah kami lupakan..
Sedaya upaya diri ini akan mengamalkan sunnahmu..
Betapa sayangnya dikau pada ummat mu..
Sanggup mengabdikan diri sepanjang hidupmu..
Demi menegakkan nur kebenaran di muka bumi..
Sesungguhnya dirimu adalah pemberi rahmat seluruh Alam semesta..
Law kana bainana..
Ya Rasululllah Ya Habiballah....
Hati ini ingin memeluk erat akan dirimu..
Diri ini ingin menatap wajahmu yang bak bulan purnama..
Ketahui lah bahawa ana uhibbuka ya Rasululllah..
Sesungguhnya apa yang diri ini dambakan..
Hanya lah cinta Allah yang Esa..
Hanya lah cinta kepada Rasulullah..
Kerana cinta pada Rasulullah beerti cinta kepada Allah..
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
0 budak comel:
Post a Comment